Sejarah Penciptaan Hadis Palsu (Maudhu') 
Saturday, 11 July 2015 | 03:22 | 0 waiting

"Setiap Nabi ada wasi -penerima wasiat - dan wasi aku adalah Ali."
" Busyair bin Ka'ab telah dtg berjumpa Ibnu Abbas ra dan bercakap dengannya. Kemudian Busyair terus membacakan hadis kpd Ibn Abbas. Lalu Ibn Abbas berkata: "Ulang hadis ini". Maka Busyair mengulanginya dan berkata: "Aku tidak tahu samada kai tahu seluruh hadis aku dan engkau menolak hadis ini atau engkau menolak semua hadis aku dan engkau mengetahu hadis ini sahaja". Maka Ibn Abbas berkata kepadanya: "Sesungguhnya kita bercakap tentang Rasulullah ketika org tdk berdusta ke atasnya. Manakala setelah manusia suka berdusta kami akn meninggalkan dari bercakap tentangnya". Ibnu Abbas telah wafat pada tahun 63 hijrah
RINGKASAN GERAKAN PENCIPTAAN HADIS MAUDHU'
Pada zaman tabi'en dan golongan slps mereka, manusia telah lemah dan tiada sifat keistimewaan yg ada pada zaman awal dahulu iaitu membuat kepastian dan meneliti hadis. Kerana itu banyaklah periwayatan hadis maudhu' telah tersebar luas dan pendustaan terhadap Rasulullah dan juga terhadap sesetengah para sahabat telah berleluasa. Sebelum ini para Khulafa' Al-Rasyidun menggesa supaya meneliti dan membuat kepastian tentang riwayat, tetapi para pemerintah dan khalifah terkemudian terlalu sibuk dengan kerajaan dan politik lalu mengabaikan ajaran tersebut.
Permusuhan antara parti-pargi politik juga semakin hebat. Dtg pula zaman kerajaan Bani Abbasiyah. Orang-orang yg lemah iman telah datang kepada pemerintah dgn mengagung-agungkan kerajaan Abbasiyah dan menjatuhkan musuhnya. Bahkan, sesetengah mereka tlh melampau dgn mencipta hadis maudhu' atau berlebih-lebihan dlm perkara itu utk memenuhi keinginan sesetengah khalifah.
Contoh bagi kes ini ialahmseperti yg berlaku pada Abu al -Bakhtari; seseorang yg kuat berdusta. Beliau yg merupakan seorang qadhi telah masuk berjumpa Khalifah Harun Al-Rasyid yg sedang bermain dgn burung merpati. Maka Al-Rasyid bertanya kepadanya:
"Adakah engkau menghafal sesuatu hadis tentang merpati?" Lalu beliau meriwayatkan satu hadis: "Bahawa Nabi pernah bermain burung merpati." Al-Rasyid menyedari dia berbohong dan telah memberikan amarah kepadanya dgn berkata: "Sekiranya engkau bkn dari kalangan org Quraisy nescaya aku akn memecat engkau."
Contoh yg seakan sama juga berlaku kpd Ghiyath bin Ibarahim. Suatu hari beliau tlh msk berjumpa Al-Mahdi satu hadis:
"Tdk ada perlumbaan (dengan hadiah) melainkan dgn unta, kuda dan tombak atau menerbangkan burung." Ghiyath tlh menambah tentang burung kerana hendak menggembirakan Al-Mahdi .
Diriwatkan bahawa Al-Mahdi telah berkata kepadanya ketika dia sedang keluar:
"Aku bersaksi bahawa tengkuk engkau adalah belakang pendusta!" Beliau kemudian mengarahkan supaya burung melati itu disembelih. Pendustaan dlm hadis ini ialah perkataan yg akhir sahaja (menerbangkan burung), manakala yg awalnya adalah hadis yg sabit.
Begitu juga kemunculan perpecahan dikalangan mazhab ilmu kalam dan lain-lainnya dari kalangan Ahli Sunnah, Muktazilah, Murjiah, Jabariah, Jahmiah, Karramiah dan lain-lain lagi tlh memberi kesan yg besar dlm menyubarkan lagi gerakan mencipta hadis maudhu'. Org-org yg lemah iman dan nipis agama dari kalangan mereka cuba menyokong sesetengah mazhab mereka dgn hadis-hadis rekaan.
Alhamdulillah famai para ulama' telah melakukan tugas membonhkar hadis-hadis rekaan yg dibuat oleh kumpulan tersebut .Semoga Allah memberikan ganjaran yg besar buat mereka .
So sampai sinilah jelah aku nk share k . Semoga bermanfaat dan berguna . K lah tu kan . Hahaha . Cukuplah . Kalau umur aku panjang lagi aku share nnda lain pulak k . Wassalam .

CURRENTLY : Alien(s)
About Me 
